MENGUJI KEBOCORAN PADA SISTEM PENYAMANAN UDARA
PERALATAN
DAN BAHAN
Dalam kerja-kerja mengesan kebocoran
terdapat beberapa peralatan dan bahan yang diperlukan.
Antaranya adalah :
1.1.1
PERALATAN
1.
TOLOK
PANCARONGGA
Fungsi
i.
Menguji kebocoran.
ii.
Membaca suhu
sempadan.
iii.
Mengecas bahan
pendingin.
iv.
Menambah minyak bahan
pendingin.
v.
Pengungsian sistem
penyamanan udara.
vi.
Melakukan kerja-kerja
pump down.
vii.
Membaca tekanan
tinggi dan tekanan rendah pada sistem penyamanan udara.
2.
SEPANA
BOLEH LARAS
Fungsi
i.
Mengetat dan
melonggarkan nat pelbagai saiz kerana bukaan rahangnya boleh dilaras mengikut
keperluan.
3. PEMUTAR SKRU PHILIP
Fungsi
i.
Digunakan untuk
mengetat dan melonggarkan skru kepala bunga.
ii.
Saiz pemutar skru
ditentukan oleh panjangnya.
4. REGULATOR NITROGEN
Fungsi
i.
Digunakan sebagai
pelaras kelajuan tekanan nitrogen yang akan dimasukkan ke dalam sistem.
1.1.2
BAHAN
1.
NITROGEN
(N2)
Kegunaan
i.
Digunakan untuk menghasilkan
tekanan di dalam sistem.
ii.
Nitrogen digunakan
kerana mempunyai sifat yang lebih stabil dari segi suhu dan tekanan.
2.
AIR
SABUN
Kegunaan
i.
Digunakan untuk
mengesan kebocoran pada setiap sambungan yang terdapat di unit.
3.
UNIT
PENYAMAN UDARA YANG MENGALAMI KEBOCORAN GAS
Sebuah unit penyaman
udara yang mengalami kebocoran gas tidak dapat menghasilkan suhu yang
dikehendaki seperti yang telah disetkan pada thermostat. Bacaan tekanan
rendah mesti kurang daripada 60psi.
SEMASA
BERIKUT ADALAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU
DILAKUKAN UNTUK MENGESAN KEBOCORAN PADA SEBUAH UNIT PENYAMAN UDARA JENIS
PISAH.
LANGKAH
1 : MEMASTIKAN TEKANAN DALAM SISTEM
i.
Hidupkan unit
terlebih dahulu sekurang-kurangnya 10 minit bagi memeriksa tekanan yang ada
di dalam sistem.
Gambar 1:
Hidupkan unit.
ii.
Buka skru penutup terminal
(pusingan lawan jam) pada unit luar. Tanggalkan penutup terminal.
Gambar 2: Buka skru Gambar 3: Tanggalkan
penutup
iii.
Buka penutup injap
servis dengan menggunakan sepana boleh laras (pusingan lawan jam).
Gambar 4: Buka penutup
injap servis
iv.
Pasangkan hos sedutan
(biru) pada injap servis. Pastikan hos diketatkan (pusingan arah jam).
Gambar 5: Pasang hos servis pada injap servis
v.
Tengok bacaan pada
tekanan sedutan di tolok pancarongga. Sekiranya bacaan di bawah 60 psi, maka
sistem tersebut telah mengalami kebocoran gas.
Gambar 6: Tekanan menunjukkan 35psi
LANGKAH 2 : MEMASUKKAN NITROGEN KE DALAM
SISTEM
i.
Matikan unit.
Pastikan plug ditanggalkan dari punca bekalan.
Gambar 7 : Mematikan bekalan kuasa
ii.
Buka pelaras injap
tekanan rendah pada tolok pancarongga (pusingan lawan jam) dan lepaskan gas
yang ada di dalam sistem sehingga tekanan pada tolok sedutan menunjukkan
bacaan 0 psi.
Gambar 8 : Melepaskan gas bahan pendingin
iii.
Pasangkan hos servis
(kuning) tolok pancarongga pada regulator nitrogen.
Gambar 9 : Memasang hos servis
iv.
Buka injap pada
silinder nitrogen (pusingan lawan jam) dan laraskan injap pada regulator pada
120 psi (pusingan ikut arah jam).
Gambar
10 : Buka injap nitrogen Gambar 11
: Buka pelaras
tekanan
v.
Buka pelaras injap
tekanan rendah pada tolok pancarongga (pusingan lawan jam) dan masukkan
nitrogen ke dalam sistem. Masukkan sehingga 120 psi.
Gambar 12 : memasukkan
nitrogen
LANGKAH 3 : MENGESAN KEBOCORAN MENGGUNAKAN BUIH SABUN.
·
UNIT
LUAR
i.
Tuangkan larutan air
sabun kepada semua tempat sambungan termasuk pada paip gas yang terdapat pada
unit luar.
Gambar
13 : Mengesan kebocoran menggunakan buih sabun
ii.
Perhatikan pada
setiap sambungan sekiranya terdapat gelembung buih yang besar terhasil.
·
UNIT
DALAM
i.
Gunakan pemutar skru
Philip untuk membuka skru (pusingan lawan jam) pada penutup luar unit.
Gambar 14 : Buka skru
penutup unit dalam
ii.
Tanggalkan penutup
luar unit.
Gambar 15 : Menanggalkan penutup
iii.
Tuang larutan air
sabun ke atas setiap sambungan pada paip gas yang terdapat di unit dalam..
Gambar 16 : Megesan kebocoran pada unit dalam
iv.
Perhatikan sekiranya
terdapat gelembung buih besar yang terhasil.
LANGKAH
4 : BAIKI KEBOCORAN
i.
Sekiranya terdapat
gelembung buih besar, itu menunjukkan kawasan yang berbuih itu ada kebocoran
Gambar 17 :
Kebocoran pada nat
ii.
Baiki kebocoran
dengan mengetatkan semula nat pada setiap sambungan. Gunakan dua (2) bilah
sepana boleh laras. Saiz 8 inci sebagai penahan dan saiz 12 inci untuk
mengetatkan nat.
Gambar 18 : Mengetatkan nat yang bocor
LANGKAH
5 : HOLD PRESSURE
i.
Setelah kebocoran
sudah dibaiki, biarkan sistem dengan nitrogen pada tekanan 120 psi
sekurang-kurangnya semalamam bagi memastikan tiada lagi kebocoran lain.
Gambar 19 : hold Vacuum pada
tekanan 120 psi
ii.
Dalam masa yang sama
pasangka semula penutup luar pada unit dalam.
Gambar
20 : memasang semula penutup unit dalam
|
Menguji Kebocoran Pada Sistem Penyamanan Udara
Wednesday, 25 February 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)